Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Bersatu kena minta izin PAS dulu nak intai Selangor'
Diterbitkan:  Dec 2, 2024 3:17 PM
Dikemaskini: 7:17 AM

Bersatu perlu meminta keizinan daripada PAS sebelum menanam cita-cita untuk menerajui pentadbiran di mana-mana negeri, dakwa Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad.

Katanya, kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedang mengintai peluang menjadi menteri besar di Selangor selain Perak dan Pahang menunjukkan dia tidak sedar siapa parti yang lebih besar dalam PN.

"Kedudukan Muhyiddin sendiri selaku budak poster (poster boy) bagi PN untuk Pilihan Raya Umum ke- 16 (PRU 16) adalah tidak selamat apabila mula dipertikaikan oleh PAS.

"Maka, adalah hampir mustahil untuk parti dapat membuat keputusan sendiri pada masa hadapan," katanya pada kenyataan hari ini.

Pada Perhimpunan Agung Bersatu Sabtu lalu, Muhyiddin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan menteri besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan kedudukan Bersatu bersama-sama PAS yang mengetuai pentadbiran di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Bagaimanapun, Saifuddin yang juga pengarah strategi PKR Selangor berpendapat PAS kini membuat keputusan tanpa persetujuan Bersatu.

"PAS menerajui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kerana parti itu yang menguasai keputusan di dalam Perikatan Nasional dan bukanlah kerana persetujuan Bersatu atau Muhyiddin," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS