Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hampir 4,000 barangan makanan di Jepun dijangka naik harga 
Diterbitkan:  Dec 2, 2024 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.

Menurut Teikoku Databank, sebanyak 3,933 barangan makanan telah disahkan akan mengalami kenaikan harga berdasarkan pengumuman daripada 195 pengeluar makanan tempatan setakat akhir November.

Minuman beralkohol dan minuman ringan mendahului senarai dengan 1,251 barangan, diikuti dengan roti sebanyak 1,227 barangan, dan makanan diproses seperti barangan sejuk beku dan kek beras sebanyak 1,040 barangan.

Kos bahan mentah yang tinggi terus menjadi punca utama kenaikan harga itu, walaupun peningkatan ketara dalam kos berkaitan logistik dan buruh turut dicatatkan. 

Laporan itu meramalkan bahawa faktor yang berterusan ini akan mendorong kenaikan harga selanjutnya sepanjang tahun akan datang.

Data terdahulu menunjukkan kadar inflasi Jepun kekal pada atau melebihi sasaran dua peratus Bank of Japan (BOJ) sejak April 2022.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS