Paling Popular
Terkini
1

Dengan akaun Bersatu masih dibekukan oleh SPRM, parti itu mengumpul derma untuk mengadakan perhimpunan agungnya tahun ini.

Menurut Naib Presidennya Ronald Kiandee, parti itu telah mengumpul dana berjumlah RM330,710.30 daripada pemimpin parti, ahli parlimen dan Adun.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak mencukupi menyebabkan timbalan presiden yang baru dilantik Hamzah Zainudin dan setiausaha agungnya, Azmin Ali menyumbang lagi RM35,000 setiap seorang, kata Ronald kepada hadirin perhimpunan dalam ucapan penggulungannya.

“Jadi ini bermakna ahli dan pemimpin Bersatu membayar kos perhimpunan agung tahunan,” katanya.

Pada Feb tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan dua akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada mulanya pembekuan itu dipercayai berkaitan siasatan SPRM terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM92.5 bilion ketika pandemik yang didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun, sumber SPRM yang enggan dikenali mendakwa pembekuan akaun itu adalah berhubung dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang menerima pelbagai projek ketika parti itu menjadi kerajaan.

Semasa ucapan penutupnya, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Hamzah dan Azmin atas sumbangan mereka kepada tabung perhimpunan itu.

Selepas perhimpunan, dia memberitahu sidang akhbar bahawa wang itu dikutip sedikit demi sedikit.

"Diberitahu tadi bagaimana kamu perlu mengumpul daripada ahli dan akhirnya kami mampu untuk membayar kos perhimpunan adalah kira-kira empat ratus ribu untuk dilakukan. Itu bukan murah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS