Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Delegasi Hamas dijangka tiba di Kaherah untuk bincang gencatan senjata

Delegasi peringkat tinggi Hamas dijangka tiba di Kaherah pada Sabtu untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Mesir berhubung perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, menurut sumber yang enggan dikenali kepada Xinhua.

Delegasi itu akan bertemu pegawai Mesir bagi membincangkan perjanjian untuk menamatkan konflik yang sedang berlaku, menurut sumber.

Rundingan itu diadakan atas permintaan Mesir dan isu kemasukan bantuan kemanusiaan juga dijangka menjadi topik perbincangan.

Hamas bersedia untuk mencapai perjanjian yang memastikan pengunduran tentera Israel dan membolehkan penduduk yang dipindahkan kembali ke tempat asal mereka, menurut sumber.

Hamas akan mempertimbangkan secara positif jika Mesir mengemukakan cadangan baharu yang selaras dengan tuntutannya serta mendapat komitmen daripada Israel dan masyarakat antarabangsa.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 44,363 orang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS