Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas peserta rancangan lawak ditahan kerana disyaki merogol
Diterbitkan:  Nov 28, 2024 3:19 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Polis menahan seorang bekas peserta program realiti komedi terbitan sebuah stesen televisyen berbayar tempatan di sekitar Johor Bahru awal pagi tadi kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek berumur lingkungan 40-an itu.

Katanya suspek kini itahan reman sehingga 2 Dis bagi membantu siasatan.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Raub, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan sebatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS