Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isteri kepada bekas menteri kewangan Allahyarham Daim Zainuddin berjaya mendapatkan semula pasportnya secara kekal, yang sebelum ini ditahan mahkamah.

Ia selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan yang dibuat Na’imah Abdul Khalid.

Mahkamah Rayuan memutuskan mahkamah sebelum ini membuat khilaf apabila membenarkan penyitaan pasport Na’imah sebagai antara syarat ikat jaminnya.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen memerintahkan agar Na’imah menyerahkan pasportnya sebagai syarat ikat jamin bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula menolak permohonan yang difailkan Na’imah agar pasportnya dipulangkan secara kekal.

Peguam Na'imah, Rajesh Nagarajan mengesahkan keputusan panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Azizah Nawawi. Dua lagi hakim adalah Azman Abdullah dan Azmi Ariffin.

Peguam Na'imah berkata Mahkamah Rayuan mendapati tiada bukti yang boleh mengabsahkan syarat tambahan penyerahan pasport untuk membolehkan Na’imah diikat jamin dengan jaminan sebanyak RM250,000.

Pada Januari lalu, Na’imah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan jenayah gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan asetnya.

Wanita berusia 66 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009. 

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS