Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP gesa BNM siasat syarikat insurans didakwa kaut untung melampau


Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat syarikat insurans yang didakwa mengaut keuntungan melampau dengan menaikkan kadar premium pelanggan.

Ahli Parlimen PKR itu berkata BNM ada kuasa untuk mengawal selia keputusan yang dibuat syarikat insurans.

“Kami ingin menyeru BNM untuk menyiasat dan mengkaji semula syarikat insurans yang telah mengeluarkan notis kenaikan premium insurans.

“BNM tidak harus lepas tangan dengan alasan ini adalah keputusan perniagaan syarikat atau kata ini adalah pasaran bebas dengan ‘willing buyer, willing seller,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada minggu lalu, Sim dan beberapa ahli Parlimen PKR mengumumkan mereka telah memulakan usaha untuk mendapatkan maklum balas awam berkenaan perkara ini.

[Berita lanjut menyusul]




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS