Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Henti peraga model wanita seksi semasa perlumbaan MotoGP’

PARLIMEN l Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan mahu amalan tradisi memperagakan model wanita seksi semasa perlumbaan MotoGP dihentikan.

Muhammad Fawwaz (PN-Permatang Pauh) memberitahu Dewan Rakyat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan Rukun Negara.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh)

“Yang saya nak kongsikan hari adalah berkaitan dengan isu tradisi memperagakan model wanita seksi yang menjolok mata yang ada di sepanjang acara tersebut.

“Ianya kalau kita lihat, dia bercanggah dengan ajaran Islam, dan ia juga bercanggah dengan Rukun Negara kita yang kelima (iaitu) kesopanan dan kesusilaan,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Muhammad Fawwaz berkata sangat tidak patut sukan permotoran yang sinonim dengan lelaki dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat disajikan dengan tradisi sebegitu.

Malah, dakwanya ramai pengunjung yang merungut mengenai perkara itu.

“Jadi saya mohon kalau boleh KBS dapat mengambil kira pandangan ini seperti mana kita buat pada sebelum ini.

“Kalau kita tengok dalam kategori sukan F1 (Formula Satu) sebelum ini ada upacara arak diberikan atas podium tapi sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum SIC tidak dihidupkan, kita lihat penyerahan arak tidak diberikan.

“Ini satu perkara yang baik yang mungkin boleh kita amalkan di negara kita khususnya dalam isu wanita menjolok mata ini,” katanya.

Sebelum ini pengkritik dalam acara sukan permotoran mengecam amalan itu sebagai seksis dan merendahkan martabat wanita.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS