Untuk pengetahuan menteri, ini saya senaraikan semua polisi yang sy buat sepanjang tiga tahun menjadi exco kerajaan:
1. Melaka menjadi negeri pertama ada perkhidmatan close care to you, yang mana perkhidmatan penjagaan luka dan tukar tiub makanan di rumah secara percuma untuk rakyat B40 yang terlantar sakit.
2. Melaka menjadi antara negeri pertama yang menawarkan ambulans percuma kepada golongan B40 untuk membawa mereka ke rawatan susulan di hospital dalam dan luar negeri Melaka.
3. Melaka telah mempunyai polisi yang mewajibkan setiap pusat tumpuan orang ramai mesti menyediakan AED semasa saya menjadi exco kesihatan.
4. Melaka negeri pertama yang akan mempunyai sukarelawan perubatan di setiap kampung yang dikenali sebagai paramedik komuniti.
5. Melaka antara negeri yang menyediakan saringan perkhidmatan kesihatan secara percuma di klinik swasta dan dilakukan ketika saya menjadi exco.
6. Melaka negeri pertama yang mempunyai ladang benih padi sendiri untuk kegunaan pesawah dalam negeri Melaka.
7. Masalah pengairan sawah di Bukit Rambai selesai setelah tertangguh beberapa tahun lamanya.
8. Masalah tanah Orang Asli selesai setelah beberapa tahun lamanya.
9. Skim perumahan nelayan di Kuala Linggi selesai setelah beberapa tahun lamanya.
10. Melaka mempunyai program melon to million yang memberi latihan kepada pertanian secara percuma.
11. Melaka mendapat satu lagi taman kekal pengeluaran makanan.
Ini antara yang saya senaraikan dahulu untuk menteri baca. Kalau nak senaraikan semua takut menteri jadi pening.
Kalau nak tahu lebih lanjut, menteri boleh datang ke Melaka jumpa dengan saya ataupun jumpa dengan rakyat Melaka.
Ataupun jika menteri terlalu malas, boleh saja tengok di media sosial apa yang telah saya lakukan sepanjang tiga tahun menjadi exco.
Kalau nak lebih baik, saya cabar menteri untuk kita berdebat secara terbuka tentang kenyataan menteri terhadap papan tanda boleh?
Kamu yang keluarkan kenyataan yang berbaur perkauman lepas tu nak salahkan orang lain yang perkauman pula.
Tuduh saya memalukan parti saya apabila lawan apa yang kamu katakan?
Hei menteri, kau itu yang memalukan negara jadi menteri pun masih tidak boleh faham sensitiviti rakyat Malaysia dan berbahasa melayu dengan baik.
Level apa menteri ni?
Saya mohon PMX tukarlah menteri ini kepada orang yang jauh lebih layak.
Baik lagi ambil MP Jelutong jadi menteri perlanconganlah!
AKMAL SALEH ialah ADUN Merlimau, merangkap exco kerajaan Melaka.
Tulisan ini disiarkan kali pertama di Facebooknya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.