Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan membunuh ibunya tiga tahun lalu.

N Deanesh berkata dia memahami pertuduhan tersebut apabila dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan kerana pengakuan hanya akan dibuat apabila kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kelak.

Tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa membunuh Catherine Daniel, 76, di No 35, Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG, Brickfields, Kuala Lumpur, antara 21 dan 26 Mac 2021.

Jika didapati bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia boleh dijatuhi hukuman mati melalui gantung sampai mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun serta dikenakan sebatan sebanyak 12 kali.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin, dan menetapkan 7 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 12 November lalu, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang wanita yang telah disimpan ke dalam peti sejuk selama tiga tahun.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS