Paling Popular
Terkini

Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa pemansuhan peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 bertujuan mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan pelajar sekolah dan mencegah bunuh diri.

Demikian menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, yang menjawab soalan Tan Kar Hing (Pakatan Harapan-Gopeng) mengenai kes bunuh diri baru-baru ini dalam kalangan pelajar, yang sesetengahnya menyalahkan kurikulum sekolah yang memberi tekanan.

"Sebab itu di peringkat kementerian kita ambil pendekatan mansuhkan peperiksaan. Jadi tak ada lagi pembelajaran berasaskan peperiksaan. Orientasi peperiksaan sudah tak ada tapi ditumpukan pada pembelajaran berasaskan inkuiri, eksplorasi, berasaskan pengalaman, kontekstual dan juga pentaksiran dalam sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik anak-anak ini

"Jadi anak-anak ini akan diberikan pengalaman pembelajaran berkaitan konten dan pengalaman dalam pembelajaran dan bukan lagi untuk peperiksaan semata-mata," katanya semasa Sesi Soal Jawab Menteri di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Tan dalam soalannya membangkitkan isu kes bunuh diri baru-baru ini melibatkan pelajar sekolah, termasuk satu minggu lepas yang menyaksikan seorang pelajar Tingkatan 4 di Pulau Pinang meninggalkan nota yang menyatakan kemurungannya terhadap pencapaian akademik.

Dia memetik kekurangan aktiviti kokurikulum didakwa menjadi faktor penyumbang, dan mahu Fadhlina menjelaskan jika kementeriannya mempunyai sebarang rancangan untuk menyemak semula sistem itu.

Tambahnya lagi, menteri itu berkata pendekatan pembelajaran semasa "yang memastikan tumpuan tidak lagi kepada peperiksaan" telah membantu mengurangkan tekanan dan menawarkan ekosistem pembelajaran yang lebih baik.

Pada Sept, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan bercakap mengenai keperluan untuk merombak dasar pendidikan negara, termasuk kekurangan peperiksaan sedemikian untuk pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3.

Dia berkata kekurangan peperiksaan UPSR dan PT3 perlu dirombak berikutan peningkatan insiden pelajar Tingkatan 5 ponteng peperiksaan SPM, dan pelajar menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira.

Bagaimanapun, Fadhlina kemudiannya menyatakan bahawa tiada rancangan untuk menghidupkan semula peperiksaan UPSR dan PT3 bagi pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3 atau ujian berpusat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS