Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rombakan exco Perlis: Dua Adun digugurkan, tapi kuota Bersatu kekal
  • Dikemas kini dengan maklumat yang lebih lengkap.


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu digugurkan daripada jawatan exco kerajaan Perlis, iaitu Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Megat Hashirat Hassan (Pauh).

Bagaimanapun tempat mereka digantikan oleh Adun lain daripada parti itu juga, iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis) yang juga pengerusi Bersatu Perlis dan Marzita Mansor (Sena).

Justeru, kuota tiga daripada lapan tempat untuk Bersatu kekal.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat juga perubahan portfolio dalam rombakan oleh Menteri Besar Mohd Shukri Ramli daripada PAS itu.

Wan Zikri mengesahkan perkara itu ketika dibungi Malaysiakini sebentar tadi.

"Ya, saya dan seorang Adun juga dari Bersatu (digugurkan),” katanya.

Seorang lagi Adun Bersatu dalam kabinet negeri ialah Izizam Ibrahim (DUN Titi Tinggi).

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS