Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP bimbang dengan lambakan barangan murah asing
Diterbitkan:  Nov 21, 2024 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Anggota Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong menyuarakan kebimbangannya terhadap  lambakan barangan murah asing yang memasuki pasaran Malaysia.

Katanya, ia memberi tekanan hebat kepada industri tempatan dan menggugat kelangsungan sektor strategik negara seperti besi keluli, jubin seramik lantai, dan jubin dinding.

“Kita mesti bertindak sekarang. Melindungi industri tempatan bermakna melindungi masa depan ekonomi kita, pekerja kita, dan daya saing negara di peringkat global. 

“Ini bukan pilihan – ia adalah keperluan!” katanya.

Khoo Poay Tiong

Terdahulu Khoo membangkitkan kebimbangan itu Dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat jawatankuasa parlimen.

Memetik statistik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dia berkata sebanyak 12 permohonan siasatan lambakan direkodkan pada separuh pertama tahun 2024 sahaja.

Katanya, angka itu menunjukkan trend perdagangan tidak adil ini semakin kritikal. 

“Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ribuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal terkesan, mencetuskan kesan domino kepada ekonomi dan peluang pekerjaan negara,” katanya,

Dia mencadangkan lima tindakan untuk menangani lambakan itu, seperti berikut:

  • Memperkemas dasar antilambakan dengan siasatan yang lebih cekap, telus dan berkesan, termasuk menggunakan teknologi analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI).

  • Industri paling terkesan seperti besi keluli dan jubin seramik memerlukan perlindungan khas melalui pelbagai insentif seperti perlindungan tarif dan potongan cukai.

  • Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 perlu dikaji semula agar lebih relevan dengan persekitaran perdagangan moden. 

  • Malaysia mesti memainkan peranan lebih aktif di platform perdagangan serantau dan antarabangsa, termasuk membuka rundingan dengan negara asal produk lambakan.

  • Mendidik rakyat tentang kepentingan menyokong produk tempatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS