Paling Popular
Terkini

Daim Zainuddin telah meninggal dunia. Saya kehilangan seorang rakan.  

Kini, orang ramai bercakap dan menulis tentang sumbangan Daim kepada negara.  

Sedih sekali. Dia perlu meninggal dunia dahulu. Malah, mereka yang diajar olehnya tentang kewangan pun tidak menghargainya. Kena meninggal dahulu.  

Dia sudah kaya pada tahun 1981, ketika saya menjadi perdana menteri.  

Dia kerugian ketika menjalankan perniagaan membuat garam.  

Dia mendapat keuntungan dengan membangunkan Maluri di atas tanah seluas 160 ekar.  

Untuk menjadi menteri, anda perlu berhenti berniaga.  Apabila perniagaan dihentikan, anda tidak lagi memperoleh pendapatan.  

Sebagai perdana menteri pada tahun 1981, saya menerima gaji RM8,000 sebulan.  

Sebagai menteri, gajinya lebih rendah. Jadi, Daim sebagai menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 pasti hilang banyak wang.  

Namun, ramai percaya dia mendapat keuntungan sebagai menteri.  

Sebelum menjadi menteri, dia berusaha merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).  

Untuk bersaing dengan rakyat Malaysia yang kaya, anda tidak boleh bermula dengan menjual tom yam atau pisang goreng di tepi jalan.  

Daim mahu orang Melayu bermula dari atas. Dia memilih beberapa orang Melayu muda.  

Mereka ini tiada pengalaman perniagaan, tiada modal, tiada kemahiran pengurusan.  

Untuk bermula dari atas, dia memberikan projek, kontrak, lesen dan sebagainya daripada kerajaan.  

Adakah ini penyalahgunaan kuasa? Jika bukan kerajaan, siapa?  

Sektor swasta? Adakah golongan kaya swasta akan memberikan kontrak kepada orang yang tiada pengalaman dan tidak dikenali?  

Tidak mungkin!  

Jadi, jika bukan kerajaan, tidak akan ada perniagaan besar Melayu untuk bersaing dengan yang sudah kaya.  

Untuk berkembang daripada menjual tom yam dan pisang goreng menjadi jutawan dan mengejar mereka yang kaya akan mengambil masa bertahun-tahun.  

DEB tidak akan tercapai. Malah, jurang perbezaan akan semakin besar.  

Tetapi mengapa orang ini yang Daim pilih? Mengapa tidak orang lain? Pilih orang lain, tuduhan yang sama akan timbul.  

Adakah dia akan dipuji? Tidak.  

Tetapi ramai daripada mereka yang dipilih, dilatih dan diberi peluang gagal.  

Kita tidak mendengar tentang mereka. Mereka tidak dilabel sebagai kroni.  

Jadi, jika anda mahu mengelak daripada dituduh menyalahgunakan kuasa, pastikan semua yang anda pilih gagal.  

Dan apabila mereka gagal, DEB akan gagal, jurang perbezaan akan meningkat.  

Sebenarnya, itulah yang dikehendaki oleh para pengkritik Daim.  

Mereka suka melihat yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.  

Ya, DEB bukan kejayaan besar. Tetapi sekurang-kurangnya beberapa orang Melayu berjaya.  

Jika tidak ada langsung, pertumbuhan yang tidak seimbang akan menjadi lebih tidak seimbang.  

Malaysia tidak akan stabil. Tidak akan menjadi seperti yang ada hari ini.  

Ya, idea Daim tidak berfungsi seperti yang diharapkannya.  

Tetapi fikirkan.  Bagaimana jika Daim hanya menumpukan pada mengkayakan dirinya sendiri.  

Dia akan bernilai RM50 bilion hari ini. 

Tetapi tentunya, dia tetap akan diburu oleh orang yang sama, orang yang telah dibantunya.  


MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dua kali.

Tulisan ini diterjemah daripada tulisan asalnya di media sosial dalam bahasa Inggeris dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS