Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita maut, anak parah dirempuh kereta api
Diterbitkan:  Nov 19, 2024 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh kereta api di hadapan Kampung Petagas, di Putatan, Sabah tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putatan, Penolong Penguasa Bomba Noorsherriyana Bohari berkata mangsa, Lena Gabin, 41, dan anaknya itu dirempuh kereta api dari Putatan menghala ke Kota Kinabalu ketika melintas landasan.

"Lena disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya yang putus kaki kanan selain cedera di tangan dan kepala dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Noorsherriyana berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 1.58 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 2.20 petang.

“Pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat jenazah mangsa, sebelum operasi tamat pada 2.47 petang tadi,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS