Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ciapan presiden Perancis temu Anwar guna bahasa Melayu tarik perhatian
Diterbitkan:  Nov 19, 2024 2:58 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memuatnaik hantaran dalam bahasa Melayu memaklumkan petemuannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Dalam satu ciapan di platform X, Macron berkata, pertemuan itu membolehkan mereka mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Perancis dan Malaysia.

"Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.

"Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami," tulisnya di X.

Marcon dan Anwar bertemua pada Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil. 

Ciapan Marcon menarik perhatian warga net yang teruja apabila pemimpin apabila pemimpin Perancis itu menggunakan bahasa Melayu.

Ada pemilik akaun X memanggilnya sebagai Mat Cron kerana boleh menulis dalam Bahasa Melayu.

Pemilik akaun RedA pula membalas ciapan itu dengan mengajak Marcon untuk pekena nasi lemak.

"Bila nak datang lepak KL? Boleh ajak sarapan pagi makan nasi lemak! 

Asrol Iberahim pula mengajak Presiden Perancis itu untuk datang melawat Malaysia.

"Jemput datang Ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia ialah tahun 2017. Iaitu. Presiden Francois Hollande," ciapnya.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, mereka menyatakan komitmen terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

"Ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

"Kami turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang mana saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis.

"Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana," kata Anwar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS