Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terlalu bergantung kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Mas Ermieyati Samsudin, hari ini.
Pengerusi PAC juga menggesa Kementerian Pertahanan dan LTAT untuk mengambil tindakan segera berhubung perkara ini memandangkan BSB dan anak-anak syarikatnya telah meningkatkan risiko susut nilai dana itu kepada 50 peratus, iaitu hampir RM5 bilion.
"Struktur Boustead sebagai syarikat pengantara antara LTAT dgn syarikat-syarikat yang menjana keuntungan perlu dirombak semula (dengan mengambil kira pelbagai krisis dan skandal yang melibatkan Boustead),” katanya.
Mas Ermieyati mencadangkan LTAT mempelbagaikan portfolio pelaburannya untuk mengurangkan risiko akibat pergantungan kepada satu entiti sahaja.
Langkah ini juga akan memastikan dana tersebut mampu memberikan dividen yang tinggi dan konsisten kepada para penyumbang, katanya.
Pengerusi PAC turut menggesa Jabatan Audit Negara menjalankan audit terperinci terhadap kewangan dan tadbir urus BHB pada tahun hadapan.