Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersatu kini guna mahkamah untuk kosongkan 5 kerusi parlimen

Bersatu kini beralih langkah dengan menggunakan saluran mahkamah sivil untuk mengosongkan lima kerusi parlimen selepas penyandangnya - yang bertanding dan menang dalam PRU lalu - memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan.

Difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Nov, saman pemula itu menyasarkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang sebelum ini membenarkan lima bekas anggota Bersatu mengekalkan kerusi mereka.

Lima ahli parlimen terbabit ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Status satu lagi kerusi parlimen - yang dimenangi Suhaili Abdul Rahman di Labuan - belum diketahui namun sedang bedepan dengan tindakan sivil berasingan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menerusi saman pemula itu, Bersatu mencabar keputusan Johari yang membenarkan lima ahli parlimen terbabit mengekalkan kerusi masing-masing di sebalik langkah mereka mengingkari kehendak parti.

Keputusan Johari itu disampaikan kepada Bersatu dalam surat bertarikh 9 Julai lalu.

Melalui saman itu Bersatu memohon beberapa pengisytiharan. Antaranya badan kehakiman mempunyai bidang kuasa untuk membetulkan sebarang salah tafsir undang-undang oleh mana-mana cabang kerajaan termasuk badan perundangan.

Sebelum ini mahkamah pernah menolak permohonan mencabaran keputusan Speaker Dewan Rakyat atas alasan badan kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa mendengar pertikaian yang melibatkan prosiding cabang perundangan.

Menerusi saman itu juga, Bersatu menegaskan Johari telah menyalahgunakan kuasanya dengan membenarkan tindakan Syed Abu Hussin, Zahari, Azizi, Iskandar Dzulkarnain, dan Zulkafperi.

Kata Bersatu tindakan defendan pertama (Johari) merupakan satu pengkhianatan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Parti itu juga mendakwa tindakan Johari bersifat partisan dan dilakukan untuk kepentingan politik.

Bersatu diwakili oleh firma guaman Chetan Jethwani & Co.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS