Lebih dua dekad, Malaysiakini kekal sebagai laman berita paling banyak dikunjungi di negara ini.
Kami berbangga dengan berita-berita yang kami tulis bagi memastikan mereka yang berada puncak kuasa sentiasa dipantau.
Anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa saiz pasukan editorial kami jauh lebih kecil berbanding organisasi media lain.
Sebenarnya tidak lebih daripada 70 orang yang mengemas kini Malaysiakini dalam pelbagai bahasa dan platform setiap hari.
Pencapaian ini dapat dicapai kerana bilik berita kami terdiri daripada kumpulan orang yang pelbagai – dengan minat, pengetahuan, latar belakang, dan kemahiran yang berbeza – semua disatukan oleh semangat yang sama: membawa perubahan kepada negara melalui kewartawanan bebas.
Di tingkat editorial yang padat di pejabat Malaysiakini, wartawan dari pelbagai meja duduk berselerak. Wartawan Meja Bahasa Melayu duduk di sebelah wartawan bahasa Cina, sementara editor berita pelbagai bahasa duduk dalam satu kumpulan.
Pasukan pemasaran duduk di sebelah seorang subeditor Bahasa Inggeris dan editor visual.
Mereka bekerja dengan lancar bersama-sama.
Pada pukul 5.30 petang, semua orang berhenti dan menyertai mesyuarat editorial untuk merancang laporan untuk hari berikutnya.
Pendekatan kolaboratif ini membolehkan Malaysiakini memanfaatkan pandangan dan pengalaman yang pelbagai daripada wartawan dan editor dari Meja Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina.
“Setiap orang ada kepakaran masing-masing,” kongsi B Nantha Kumar, wartawan kanan Meja Bahasa Malaysia, yang celik Tamil dan mempunyai akses yang baik kepada komuniti India.
Subeditor Bahasa Inggeris G Vinod berkata rakan sekerja dari pelbagai meja berinteraksi secara kerap dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan berita.
“Kami menterjemahkan berita tergempar antara satu sama lain dan berkongsi berita tanpa bekerja secara berasingan.
“Terdapat rasa kekitaan yang kuat antara setiap meja,” katanya.
Menjadi amalan biasa bagi wartawan Malaysiakini untuk menulis dalam pelbagai bahasa atau menterjemahkan berita mereka sendiri.
Beberapa rancangan bual bicara Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh pasukan video juga disiarkan dalam empat bahasa.
Editor berita Bahasa Inggeris Zikri Kamarulzaman memimpin wartawan dari meja Bahasa Malaysia dan Cina untuk menyelesaikan banyak tugas sebelum ini, termasuk mengarahkan liputan semasa pilihan raya.
Dia menegaskan bahawa bahasa bukanlah penghalang.
“Walaupun bilik berita lain juga mungkin melaporkan dalam bahasa lain, ia tidak kolaboratif seperti di bilik berita Malaysiakini,” kata Zikri.
Kerjasama berpasukan adalah sebahagian penting daripada bilik berita Malaysiakini, dan memanfaatkan kekuatan masing-masing adalah penting.”
Robin Koh, yang mengetuai jabatan multimedia, menambah “seronok bekerja di Malaysiakini kerana kami mempunyai sekumpulan rakan sekerja profesional yang boleh berkongsi pendapat, malah berdebat antara satu sama lain secara terbuka.”
Dedikasi kepada perspektif yang pelbagai dan semangat kerjasama membolehkan Malaysiakini menyampaikan laporan mendalam kepada khalayak yang luas di seluruh Malaysia.
Selain kerja berpasukan, kekuatan teras lain di Malaysiakini ialah komitmen yang kuat terhadap kebebasan editorial, seperti yang diungkap oleh Nantha.
“Kebebasan editorial yang diberikan kepada saya telah membantu saya untuk melaporkan berita, terutama mengenai komuniti India, tanpa sebarang sekatan atau tekanan,” katanya.
Nantha melaporkan pelbagai isu, dan berasa bangga dengan berita eksklusif yang dia tulis, ketika media lain mempunyai kekangan susulan tekanan politik.
“Sebagai contoh, saya menulis tentang pemandu Grab OKU yang diserang.
“Saya berbangga kerana Malaysiakini adalah salah satu daripada beberapa portal yang melaporkan berita itu, dan suspek akhirnya dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Tiada gangguan
Low Choon Chyuan, wartawan kanan Meja Cina senada dalam perkara ini.
“Editorial Malaysiakini adalah bebas, begitu juga wartawan Malaysiakini.
“Saya berpeluang bekerja secara bebas, tidak diganggu oleh kerajaan atau pengiklan, dan bekerja secara autonomi,” katanya.
Low menerbitkan laporan khas pada April 2024 mengenai isu penyahhutanan di negara ini dengan kerjasama Pusat Pulitzer.
Komitmen terhadap kewartawanan bebas kini lebih penting daripada sebelum ini. Kami mengajak anda untuk meraikan 25 tahun pemantauan terhadap kuasa dan memperkasakan rakyat Malaysia dengan kebenaran
Langgan Malaysiakini hari ini dan jimat 25 peratus sebagai tanda sokongan kepada pelaporan berita bebas.
AYESHA MARIA ialah penolong pengurus Jabatan Langganan yang menguruskan klien korporat, pengekalan pelanggan, dan pertumbuhan langganan.