Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga cedera lepas lori rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2

Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 buah kereta termasuk kenderaan mereka dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.09 petang tadi. 

Dia berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 43 hingga 65 tahun itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan lanjut.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera bomba.

"Operasi menyelamat dan pembersihan dilaporkan selesai pada 4.43 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS