Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lewat daftar masuk punca gaduh di KLIA Terminal 1
Diterbitkan:  Nov 16, 2024 8:17 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata polis menerima laporan berkaitan insiden berkenaan daripada petugas syarikat penerbangan.

“Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman berkata orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS