Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video Anwar 'sokong' Israel di CNN telah disunting, kata Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, video tular di media sosial berkaitan kononnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerima “hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri" telah disunting pihak tertentu. 

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata pihaknya telah meneliti keseluruhan rakaman video itu dan ternyata ia telah disunting.

"Bila kita teliti keseluruhan apa disunting, saya kenal watak menyunting dan sifat mereka menyunting dan di sini lakukan kesilapan kerana untuk kata perdana menteri yang posting beliau ucap takziah atas pembunuhan Ismail diturunkan anti kumpulan Hamas.

"Perdana menteri menyatakan beliau paling bertegas dengan setiausaha negara Amerika Syarikat. Puak-puak menyunting apapun kita buat mereka tidak akan gembira namun penting kita tahu apa kita perjuangkan masa depan lebih baik buat Palestin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media mengenai penularan keratan video temubual Anwar bersama CNN yang diacarakan oleh Richard Quest baru-baru ini.

Media hari ini melaporkan pemimpin pembangkang dan aktivis pro-Palestin melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap pendirian Anwar yang didakwa menerima hak Israel untuk wujud dan untuk mempertahankan diri - dua tuntutan yang sering dibuat terhadap pemimpin Islam oleh kerajaan Barat yang menyokong rejim Zionis itu.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata, pihaknya maklum dengan pihak berkenaan yang sifatnya suka menyunting dan ternyata mereka telah melakukan kesilapan.

Katanya, dia telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video pendek berkenaan di platform media sosial.

"Saya tegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.

“Jadi seringkali teguran dibuat tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti," kata. 

Menurutnya, rakaman video tular itu ternyata satu fitnah dan dakwaan cukup jelik.

“Hanya satu bahagian dari wawancara ini telah dipotong dan disebar secara luas seolah-olah kerajaan iktiraf  Israel malah, ia telah pun dijawab oleh timbalan menteri luar,” katannya.

Fahmi berkata, jika diteliti wawancara Anwar itu jelas sekali menyatakan Malaysia melindungi Palestin dan sehingga kini tidak pernah mengiktiraf kerajaan Israel.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS