Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hujan berterusan diramal di pantai timur, Johor minggu depan
Diterbitkan:  Nov 15, 2024 2:16 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang diramalkan berlaku di negeri Pantai Timur Semenanjung pada 19 hingga 23 Nov ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

Keadaan sama dijangka turut melanda Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS