Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kantin parlimen diarah tutup 14 hari kerana kotor
Diterbitkan:  Nov 13, 2024 8:00 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan kantin di bangunan parlimen ditutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati ia tidak bersih.

Arahan itu dinyatakan dalam satu notis yang dikeluarkan KKM, yang ditampal pada dinding kantin di aras satu yang dikendalikan Restoran Pak Tam itu.

Arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas premis berkenaan hari ini.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan itu, kantin berkenaan diarah tutup bermula hari ini sehingga 26 November.

Pemeriksaan dilakukan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, cawangan Metro Prima.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) membangkitkan tentang isu penutupan kantin berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS