Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Speaker larang guna 'kurang ajar' dalam Dewan Rakyat
Diterbitkan:  Nov 13, 2024 3:59 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

PARLIMEN l Mulai hari ini, penggunaan perkataan 'kurang ajar' semasa perbahasan di Dewan Rakyat adalah dilarang.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, berkata perkataan itu tidak berparlimen dan mahu semua ahli Parlimen mengambil serius dan tidak menggunakannya.

Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat

"Berhubung perkataan kurang ajar, selepas meneliti semua perkara yang terjadi di Dewan ini dan setelah merujuk kepada Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) keluaran 2007 edisi empat muka surat 854.

"Kurang ajar bermaksud tidak sopan atau buruk, atau kasar budi pekertinya.

"Oleh yang demikian, mulai hari ini saya tidak membenarkan mana-mana ahli Yang Berhormat menggunakan perkataan kurang ajar, saya takrifkan perkataan ini sebagai unparliamentary.

"Saya harap Yang Berhormat mengambil perkara ini secara serius. Selain daripada itu, ia bukan takrifan saya. Kurang ajar tidak dibenarkan digunakan di Parlimen," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad  Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena)

Ahmad  Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang tidak berpuas hati kemudiannya bangkit dan meminta penjelasan.

Johari bagaimanapun berkata, ahli Parlimen diminta memilih perkataan lain kerana penggunaan ayat itu boleh menimbulkan masalah.

"Isunya, pilihlah perkataan lain sebab ia akan menimbulkan masalah sebab saya katakan perkataan itu sendiri yang dinyatakan dalam kamus, ia melambangkan seseorang itu buruk budi pekertinya atau tidak sopan," katanya lagi.

Ketetapan itu dibuat Johari sebagai maklum balas berhubung soalan lisan Shahidan Kassim (PN-Arau) minggu lalu, yang memohon penjelasan berkenaan penggunaan perkataan 'jangan kurang ajar'.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS