Lima hari selepas ‘hilang’, seorang remaja di Kluang, Johor akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat, semalam.
Bagaimanapun, remaja lelaki 14 tahun itu sebenarnya tidak hilang.
Dia sebaliknya melepak di rumah kawan, antaranya untuk bermain permainan video, di kampung sama–Kampung Melayu.
"Anaknya itu memberitahu dia berada di rumah kawannya untuk lepak dan bermain permainan PlayStation PS2,” kata Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh.
Sinar Harian melaporkan remaja itu akhirnya dilihat oleh ibu dan ayahnya berada di rumah mereka pada jam 3.30 pagi, pada Ahad.
Remaja tu juga berkata dia sebenarnya ada pulang ke rumah untuk mandi dan makan.
Bagaimanapun, dedah polis, ibu bapa tiada di rumah ketika itu.
Ibu remaja itu membuat laporan hilang pada Jumaat, memaklumkan anaknya dilihat kali terakhir di rumahnya pada jam 7.30 pagi, Selasa lalu.
Keluarga dilapor mencari mangsa di rumah saudara-mara, jiran-jiran serta rakan tidak tidak ditemui.