Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rasuah Adun: Pemberi maklumat wajar lapor SPRM, identiti dirahsia - Fahmi
Diterbitkan:  Nov 9, 2024 3:29 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Merujuk isu klip video mengenai beberapa Adun membincangkan rasuah, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata pemberi maklumat akan diberi perlindungan mengikut undang-undang.

"Pemberi maklumat ini wajar buat laporan SPRM. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 jelas memperuntuk perlindungan buat pemberi maklumat dan perlindungan ini tertakluk kepada akta tersebut.

"Ini termasuk identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan," kata Fahmi yang juga menteri komunikasi pada maklum balas ringkas berhubung isu itu kepada Malaysiakini.

Sekyen 7(1)(a) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperuntukkan identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan mengenai lapan rakaman video yang memaparkan beberapa Adun didakwa berbincang mengenai penerimaan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Difahamkan pemberi maklumat telah melantik peguam Izwan Azmi dari firma Izwan Mazniza Kamil and Associates untuk menguruskan perkara ini.

Malaysiakini yang telah melihat lapan video tersebut tidak mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga mendapat salinan rakaman dan maklum balas daripada mereka yang terlibat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS