Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar RM1.35 juta pada Lim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memfitnah bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berhubung isu pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain mengarahkan Muhyiddin membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Lim.

Hakim berkata ahli parlimen Pagoh tidak cuba untuk mengesahkan kenyataan sebelum mengeluarkan dakwaan itu yang tidak berasas.

Roz menegaskan keterangan Lim — yang menyatakan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu — tidak terjejas sepanjang perbicaraan penuh.

Hakim juga mencatatkan saksi pihak Muhyiddin sendiri — seorang pegawai dari Kementerian Kewangan — yang mengesahkan Lim, semasa memegang jawatan menteri kewangan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang mengandungi kenyataan sedemikian.

“Kenyataan tersebut bukan sahaja tidak benar tetapi berpotensi membawa kesan buruk di dalam negara berbilang budaya,” kata Roz, sambil menegaskan dakwaan itu serius kerana ia mencadangkan Lim telah menyalahgunakan kuasa yang melibatkan sebuah yayasan amal Islam.

Saman ini berkait fitnah Muhyiddin bahawa Lim ketika menjadi menteri kewangan telah meluluskan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa pentadbiran PH.

Butiran pampasan yang diputuskan oleh mahkamah sivil RM350,000 untuk setiap tiga kenyataan yang membawa kepada jumlah RM1.05 juta bagi ganti rugi umum, ditambah RM150,000 untuk ganti rugi teruk dan RM150,000 untuk ganti rugi teladan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM1.35 juta.

Hakim Roz Mawar juga memerintahkan Muhyiddin membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Lim.

Di samping itu, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang Muhyiddin daripada mengulangi kenyataan tersebut.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dilihat berjabat tangan dan dipeluk oleh pemimpin serta penyokong DAP selepas prosiding mahkamah terbuka.

Muhyiddin pula tidak kelihatan semasa prosiding berlangsung.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS