Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada rancangan sekat akses platform media sosial tak daftar - Fahmi

PARLIMEN l Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menyekat akses terhadap platform media sosial yang tidak memohon lesen media sosial tahunan, dalam usaha untuk mengawal selia yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ia mungkin menjadi 'langkah terakhir' yang diambil kerajaan selepas mengambil tindakan lain berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita tegaskan (yang perlu berdaftar) adalah platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.

"Pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat mengekang akses kepada platfrom terbabit (jika gagal berdaftar). Jadi kita lihat itu sebagai 'the last resort'' (langkah terakhir diambil) dan kita tak mahu ke arah itu.

"Namun ada beberapa tindakan yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap platform terbabit," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi (PH-Lembah Pantai) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor).

Dia ingin tahu jika terdapat libat urus dijalankan bagi memastikan keselarasan dalam proses pelesenan dan proses merangka undang-undang terbabit.

Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor)

Pada Julai lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Rangka kerja itu berkuat kuasa pada 1 Ogos, tetapi syarikat terbabit mempunyai masa sehingga 1 Jan untuk mendapatkan lesen atau menghadapi hukuman yang antaranya, termasuk denda dan/atau penjara jika mereka terus beroperasi di Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS