Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bonus, imbuhan lawatan GLC kini perlu kelulusan menteri - TPM
Diterbitkan:  Nov 7, 2024 11:19 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

PARLIMEN l Semua GLC dan GLIC tidak lagi boleh meluluskan bonus, insentif, dan imbuhan lawatan sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada dasar baharu yang diputuskan oleh kabinet.

“Biasanya kabinet hanya lihat kementerian, jabatan, dan agensi.

“Sekarang ini semua GLC, GLIC perlu kemukakan (cadangan) untuk masa depan, bonus, imbuhan lawatan dan sebagainya kena lalui proses ini,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Dia berkata demikian ketika mengulas mengenai rancangan pemukiman Pelaburan Hartanah Berhad, yang dikatakan akan ke Bali.

Fadillah mengesahkan bahawa rancangan itu tidak menjadi kenyataan, dan juga tidak ada pemukiman berasingan ke negara-negara lain.

Dia bagaimanapun mewajarkan "bayaran khas" yang dibuat oleh PHB kepada kakitangannya walaupun hanya mencapai 42 peratus daripada KPI, atas alasan keuntungan yang meningkat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS