Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar ucap tahniah pada Trump, harap hentikan keganasan di Palestin
Diterbitkan:  Nov 6, 2024 6:45 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald J Trump atas kemenangan dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

“Bab baru ini membawa peluang yang diperbaharui, dan kami bersedia untuk maju dengan optimisme, kerjasama, dan tujuan bersama,” katanya.

Setakat laporan ini ditulis, keputusan tidak rasmi menunjukkan Trump daripada Republikan mendapat jumlah minimum untuk menjadi presiden AS buat kali kedua, mengalahkan calon Demokrat Kamala Harris.

Republikan juga memperoleh undi minimum untuk menguasai Senat.

Donald Trump

Dalam ucapan di media sosial sebentar tadi, Anwar berkata AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik. 

Katanya, sebagai pengerusi Asean pada tahun depan, Malaysia berharap AS dapat menghidupkan kembali penglibatannya dengan Asia Tenggara. 

“Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruh besarnya untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.

Dalam kenyataan dalam bahasa Inggeris, Anwar berharap kerjasama rapat rapat dengan presiden AS akan memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS