Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan kes buli kadet UPNM akan siap Jumaat ini, kata menteri

Siasatan berhubung dakwaan buli seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan disiapkan pada Jumaat ini, menurut Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.

Khaled berkata jawatankuasa siasatan yang dianggotai pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat keputusan berdasrkan garis panduan yang ada.

“(Siasatan) akan diselesaikan Jumaat ini. Polis telah hantar laporan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC). Ini saya baca di media,” katanya dalam sidang media di Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, Khaled menghadiri upacara menghantar Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 sebagai sebahagian daripada Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan. 

Khaled Nordin

Khaled berkata lagi, notis pembatalan tugas telah dikeluarkan kepada pihak yang didakwa membuli kadet tersebut, namun tidak menyatakan secara khusus jika mereka telah dibuang dari UPNM.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan kes tersebut telah dihantar kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Pad 31 Oktober lalu, insiden penderaan di universiti itu dilaporkan, dengan seorang kadet didakwa mengalami kecederaan melecur di dadanya selepas seorang pelajar senior menekan seterika panas di badannya.

Setakat ini, polis telah mengambil keterangan 16 individu termasuk suspek, serta merampas seterika yang dipercayai digunakan untuk mencederakan kadet tersebut.

Kes ini menjadi tumpuan berikutan tragedi serupa tujuh tahun lalu apabila kadet UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia pada Jun 2017.

Zulfarhan telah mengalami kecederaan parah daripada 90 kejadian melecur akibat seterika wap, menyebabkan 80 peratus badannya melecur.

Susulan kejadian itu, enam bekas pelajar UPNM telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman mati.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS