Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AG Terrirudin bersara 11 Nov, bakal dilantik hakim Mahkamah Persekutuan
Diterbitkan:  Nov 5, 2024 3:46 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bakal dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan selepas bersara pada 11 November ini.

Terrirudin, 56, dilantik sebagai peguam negara pada 6 September tahun lalu, bagi menggantikan Idrus Harun, yang pelantikan kontraknya berakhir pada 5 September.

Sebelum memegang jawatan AG, Terrirudin adalah peguam cara negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan Terrirudin mahu isu kutipan sumbangan daripada timbalan pendakwa raya bagi menghargai jasanya tidak diteruskan.

“Walaupun tujuan kutipan sumbangan ini berniat murni, peguam negara telah meminta agar hasrat ini tidak diteruskan,” petik kenyataan itu.

Sebelum ini tular di media sosial dan platform Telegram bahawa jabatan terbabit diminta memberikan sumbangan wang untuk membeli hadiah sempena persaraan Terrirudin tidak lama lagi, mengambil kira banyak jasa dan usaha yang dibuatnya kepada bahagian pendakwaan.

Amaun kutipan sumbangan itu adalah mengikut gred iaitu Turus (RM500); Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A (RM400); B (RM300) dan C (RM200) manakala L44 (RM30) serta L41 (RM20).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS