Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Lepas 10 tahun, kenapa baru sekarang cakap mimpi jumpa Nabi'
Diterbitkan:  Nov 5, 2024 1:13 PM
Dikemaskini: 7:44 AM
1
  • Dikemas kini dengan tambahan kenyataan Nooh Gadut.


Seorang pemimpin Umno mempersoalkan usaha yang telah dilakukan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk melaksanakan mimpi bertemu Rasulullah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, turut mempersoalkan motif Abdul Hadi membangkitkan mimpi yang telah berlaku selepas 10 tahun.

Fadhli Shaari

"Betullah kata Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari, kenapa kalut Haji Hadi bermimpi jumpa Rasulullah?

“Soalnya kenapa selepas 10 tahun baru mahu cerita mimpi jumpa Rasulullah suruh damaikan Sunni dan Syiah?

"Apa motif? Apakah Hadi mahu ahli PAS dan orang ramai lebih taksub kepada dirinya? Sekadar bertanya, bukan kalut.

"Dan apa usaha Haji Hadi melaksana mimpi yang baik itu? Bukan mudah damaikan Sunni dan Syiah sedunia. Sudah mula ke belum? 10 tahun telah berlalu," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, PAS tegas mempertahankan presidennya yang membawa kisah dia bertemu Nabi Muhammad SAW di dalam mimpi dan menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksa ia mesti dipercayai.

Parti itu juga mengingatkan, apa yang diceritakan ahli Parlimen Marang terbabit lebih bersifat perkongsian dalaman keluarga, iaitu antara seorang bapa untuk untuk anak-anaknya.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai mimpi tersebut atau sebaliknya.

"Tiada siapa yang memaksa.

"Adapun kami sebagai 'anak-anak beliau' di dalam PAS, kami memilih untuk percaya. (Justeru) apa yang anda nak kalut?" katanya.

Sementara itu, Mohd Puad berkata mimpi itu juga mengingatkan Abdul Hadi supaya menyatukan PAS dengan Umno dan tidak sesekali bermain politik lagi.

"Mungkin mimpi itu peringatan kepada Hj Hadi damaikan dulu Umno dan PAS. Jangan main politik. Sertai kerajaan perpaduan. Wallah’ualam," tulis Mohd Puad lagi.

Beri sehari dua lagi - Nooh

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Nooh Gadut berkata dia memerlukan sedikit lagi masa sebelum mengulas isu itu.

Nooh Gadut

“Beri saya sedikit waktu, sehari dua.

"Insya-Allah saya akan jawab secara umum kerana ini membabitkan kes besar, fitnah,” bekas mufti Johor itu dipetik sebagai berkata oleh BH.

Noh ditugaskan untuk memberi penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu mimpi bertemu Rasulullah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS