Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada kompromi kes buli, dera kadet UPNM - PAT
Diterbitkan:  Oct 31, 2024 8:40 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.

“ATM memandang serius isu sebegini dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, ATM dalam kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes buli dan dera membabitkan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sedang disiasat pada peringkat ALK–UPNM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS