Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jaga keselamatan ketika di selatan Thai, kata polis
Diterbitkan:  Oct 31, 2024 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat.

Katanya berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, terdapat peningkatan pengunjung ke wilayah itu sejak semalam.

"Semua rakyat Malaysia, khususnya penduduk Kelantan yang merancang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama di Koota Bharu hari ini.

Mohd Yusoff berkata sejak awal Okt lalu sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Katannya pengunjung juga diingatkan supaya menggunakan pintu keluar masuk yang sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Elak menggunakan laluan yang tidak sah seperti laluan tikus, pangkalan haram dan sebagainya.

"Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri, patuhilah undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuat kuasa di kedua-dua negara,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS