Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Skandal 1MDB: Najib sengaja butakan mata, tak buat laporan, kata hakim
Diterbitkan:  Oct 30, 2024 4:39 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Hakim Collin Lawrence Sequerah menyatakan, berdasarkan bukti-bukti oleh pendakwaan, Najib Razak jelas mempunyai kepentingan peribadi dan turut memainkan peranan utama bermula daripada penubuhan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) sehingga syarikat terbabit ditukar nama kepada 1MDB.

Malah, katanya, Najib bertanggungjawab untuk mengambil langkah munasabah bagi memastikan sama ada dana dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Collin Lawrence Sequerah

Collin yang membacakan penghakiman di akhir kes pendakwaan berkata, ia memandangkan jumlah dana yang sangat besar yang didepositkan iaitu, AS$681 juta ke dalam akaunnya dan jumlah yang dikembalikan sebanyak AS$620 juta.

"Oleh itu adalah boleh diterima untuk menyimpulkan secara munasabah dan wajar, bahawa pengetahuan tertuduh berkenaan semua 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

"Dalam semua keadaan, saya dapati tertuduh juga ‘sengaja membutakan mata’ mengenai kegagalannya untuk menyiasat asal usul dana ini yang mana dalam keadaan sedemikian rupa dia sepatutnya berbuat demikian.

"Di bawah keadaan dan berdasarkan keterangan, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan membuktikan mens rea berkenaan dengan semua tuduhan pengubahan wang haram," katanya.

Berikut penghakiman penuh itu:


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS