Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar ajak rakyat raikan Deepavali dengan meriah
Diterbitkan:  Oct 30, 2024 12:57 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.

Mewakili seluruh jentera kerajaan dan rakyat, beliau mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu.

"Hari ini menandakan, dari sudut sejarahnya dan pengajaran ialah kemenangan dari kezaliman dan kegelapan kepada cahaya kebenaran dan keadilan.

"Mudah-mudahan kita sambut dengan meriah dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama, sama-sama sambut kemeriahan dan kegembiraan. Terima kasih, nandri," katanya dalam video pendek sempena sambutan Deepavali.

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut esok.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS