Permohonan maaf bekas perdana menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB bukan dibuat supaya keputusan mahkamah memihak kepadannya, kata peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.
Shafee berkata ungkapan penyesalan tidak akan mempengaruhi pembelaan kerana ia bukan pengakuan bersalah.
Mendedahkan Najib kecewa dengan keputusan hari ini, Shafee berkata pasukan pembelaan akan memanggil 11 orang saksi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib membela diri terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.27 billion.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Najib yang juga bekas menteri kewangan.