Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mas Ermieyati diumum Ketua Srikandi Bersatu
Diterbitkan:  Oct 29, 2024 12:12 AM
Dikemaskini: 4:12 PM

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin diumum sebagai Ketua Srikandi Bersatu yang baru bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Harun.

Rina sebelum ini menarik diri daripada bertanding pada pemilihan Bersatu kali ini.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Abdul Azim Mohd Zabidi pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini, lapor Berita Harian.

Sementara itu, Nolee Ashilin Mohammed Radzi pula dipilih Naib Srikandi Bersatu selepas dua jawatan tertinggi sayap itu diumum menang tanpa bertanding.

Abdul Azim berkata, sebanyak 181 bahagian daripada kedua-dua sayap Bersatu berjaya menjalankan persidangan pada Sabtu dengan dihadiri oleh 6,852 perwakilan.

"JPP sudah meneliti aduan dan bantahan diterima berkaitan pemilihan yang berlangsung dan sudah membuat keputusan sewajarnya mengikut bidang kuasa dimiliki JPP," katanya.

Semalam JPP Bersatu dalam kenyataannya mengesahkan sudah menerima keputusan pemilihan jawatankuasa dari 296 persidangan Srikandi Bahagian, Armada bahagian dan Srikandi Muda Bahagian di seluruh negara.

Bulan lalu, JPP memaklumkan 46 pencalonan bagi jawatankuasa Srikandi, 53 calon Armada, 39 calon Srikandi Muda dan 27 calon Sayap Bersekutu Malaysia yang layak bertanding.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS