Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis telah memanggil Ketua Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria untuk soal siasat, dipercayai berkaitan satu perhimpunan di Dataran Menara Condong di Teluk Intan baru-baru ini.

Menurut pejabatnya, Razman yang juga Adun Semanggol dijangka hadir ke balai polis Dang Wangi pada jam 5.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.

“Dia akan beri keterangan berkenaan kes Teluk Intan,” katanya ringkas.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan ke atas himpunan anjuran pembangkang dan gabungan NGO Teluk Intan atas dakwaan idak memaklumkan kepada polis mengenai program itu.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Himpunan itu diadakan pada 26 Oktober lalu dan sebagai respons kepada insiden pengibaran bendera China di lokasi sama, semasa festival kebudayaan Guan Gong dua hari sebelumnya.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS