Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akaun Persaraan KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk haji

PARLIMEN l Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi apa-apa tujuan termasuk untuk menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun ahli KWSP yang beragama Islam di bawah usia 55 tahun yang terpilih untuk boleh membuat pengeluaran melalui Akaun Sejahtera.

"Pengeluaran haji bagaimanapun boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera yang mula diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah usia 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

"Sejak diperkenalkan, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan dengan purata RM2,759 bagi setiap permohonan," katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun)

Lim menjawab soalan Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk mengubah dasar untuk membenarkan pekerja yang belum mencapai usia persaraan mengeluarkan Akaun Satu (Persaraan) bagi tujuan mengerjakan haji jika pekerja itu sudah terpilih untuk mengerjakan ibadah.

Serta jumlah ahli KWSP yang dibenarkan membuat pengeluaran Akaun Dua (Sejahtera) atau Ketiga (Fleksibel).

Menjelas lanjut, Lim berkata, Akaun Persaraan, yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, bertujuan sebagai simpanan persaraan, yang membabitkan 75 peratus daripada keseluruhan caruman.

Katanya, kerajaan tidak membenarkan pengeluaran itu bagi memastikan ahli mempunyai Simpanan Asas sebanyak RM240,000 apabila bersara kelak.

Ia selaras dengan matlamat KWSP untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua.

Limg berkata amaun yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah berbeza jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun TH ahli ketika menerima tawaran haji serta tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera.

“Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS