Tajuddin Mohd Rasdi, dalam kecaman kerasnya terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, berkata pemimpin seumpama itu bukanlah seorang patriot atau pejuang bangsa dan agama tetapi sebaliknya seorang oportunis yang memalukan.
Ahli akademik itu berkata susulan kejumudan tersebut menghalang mereka daripada menyerlah dalam wacana intelektual.
"Mereka mempunyai mata, tetapi malangnya, tidak dapat melihat keindahan dalam kepelbagaian. Mereka mempunyai kulit, tetapi malangnya, tidak dapat merasakan toleransi.
“Ada darah, tetapi malangnya, dicemari dengan prasangka,” kata ahli akademik itu.
Ahli politik yang tidak bertanggungjawab itu, katanya, sanggup mengeksploitasi isu yang tidak penting tanpa mengambil sebarang pertimbangan kesan yang mungkin berlaku.
"Orang ramai tidak boleh membenarkan penipu ini membutakan mereka dengan fahaman perkauman atau jingoisme dengan alasan untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama daripada ancaman yang direka," kata profesor seni bina itu kepada Malaysiakini.
Tajuddin berkata demikian ketika mengulas desakan supaya mereka yang mempunyai ciri-ciri "mata, kulit dan darah" seperti dirinya bersatu. Ia selepas sekumpulan warga China mengibarkan bendera republik itu pada perayaan Guan Gong di Teluk Intan, Khamis lalu.
Pemimpin PAS itu sebelum ini cuba mengaitkan pemimpin DAP Nga Kor Ming tetapi sebaliknya laporan polis dibuat terhadapnya kerana membuat tuduhan palsu.
Razman kemudiannya menganjurkan demonstrasi balas di Menara Condong ikonik berusia 140 tahun di Teluk Intan, yang menyerupai pagoda Cina, dengan kehadiran kira-kira 300 orang yang mengibarkan Jalur Gemilang.
Susulan itu, Tajuddin tampil menyekolahkan Razman dan pemimpin PAS dengan peringatan untuk meluaskan visi terowong mereka.
Dia mengingatkan Razman bahawa dakwaan PAS yang parti itu mempunyai puluhan ribu penyokong bukan Islam yang "mata dan kulitnya", kata ahli akademik itu, mungkin berbeza daripada kebanyakan pemimpin PAS.
"Adakah mereka juga akan dipersalahkan atas insiden mengibarkan bendera itu?" soalnya.
Mengingatkan Razman mengenai subjek yang PAS dakwa mereka sebagai paling berilmu atau pakar - Islam dan latar belakang sejarahnya - Tajuddin menegaskan bahawa para sahabat Nabi Muhammad SAW pergi ke China terlebih dahulu dan antara masjid tertua di dunia terletak di negeri naga tersebut.
“Masjid tertua di dunia bukan di Tanah Melayu,” katanya.
Tajuddin juga berkata, dia terpaksa mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa masjid tertua di Melaka di Kampung Hulu didirikan oleh pendatang Cina yang memeluk Islam.
"Mereka juga mempunyai mata dan kulit yang berbeza," tambahnya.
Dia juga mengingatkan Razman ketika laksamana China Zheng He (Cheng Ho) belayar ke Melaka pada abad ke-15.
“Zheng He, seorang Muslim dengan kulit berbeza daripada Razman, yang memberi jaminan perlindungan China kepada Melaka - pusat kuasa politik Melayu - daripada ancaman kerajaan Siam," katanya.
Untuk pencerahan Razman, Tajuddin mengingatkannya tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad, yang menyatakan bahawa Islam dan Allah tidak mementingkan warna kulit tetapi lebih kepada perbuatan manusia dan kesucian hati.
“Nabi bersabda, ‘Semua manusia adalah dari Adam dan Hawa, seorang Arab tidak mempunyai kelebihan atas bukan Arab dan bukan Arab mempunyai kelebihan atas Arab, juga kulit putih tidak mempunyai kelebihan atas kulit hitam dan kulit hitam tidak mempunyai kelebihan. Apa-apa kelebihan adalah ketakwaan dan amalan yang baik'.
“Adakah PAS menyokong Islam sebenar atau agama perkauman dan keutamaan warna kulit?” soalnya lagi.