Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat perhimpunan di Teluk Intan di bawah PPA

Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.

Beliau berkata berkata pihak yang berkaitan tidak memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran perhimpunan itu.

Sehubungan itu beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut.

“Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kira-kira 400 orang berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan sempena Himpunan Kibarkan Jalur Gemilang. Perhimpunan itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Perak (Razman Zakaria),” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS