Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Agong bersantap pagi bersama rakyat, tinjau kebersihan ibu kota
Diterbitkan:  Oct 25, 2024 12:02 PM
Dikemaskini: 4:02 AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga meluangkan masa untuk beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

“Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Usai menikmati santapan pagi, Sultan Ibrahim berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaraan di sekitar kawasan ibu kota.

Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam, sejajar dengan usaha untuk memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS