Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak perlu keliling dunia untuk asingkan peranan AG, PP, kata Aliran
Diterbitkan:  Oct 25, 2024 9:17 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Gerakan reformasi Alran bersetuju dengan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim bahawa tidak perlu untuk menghantar rombongan besar mengelilingi dunia bagi mencari jalan memisahkan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya (PP).

Sehubungan itu, jawatankuasa eksekutif pusat Aliran menggesa kerajaan supaya tidak melengahkan lagi pembaharuan yang ditunggu-tunggu itu.

"Tiada usaha harus dikecualikan, kerana pembaharuan ini patut diteruskan," tambahnya dalam satu kenyataan.

Aliran menegaskan bahawa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan telah meminta supaya pengasingan fungsi kerana kedua-dua peranan itu ada kalanya boleh bercanggah antara satu sama lain.

“Objektif atau tindakan kerajaan mungkin tidak semestinya untuk kepentingan rakyat jelata.

“Peguam negara merangkap pendakwa raya mungkin mendapati sukar untuk memikul kedua-dua peranan ini. Ini  boleh menjejaskan keadilan dan demokrasi.

"Justeru, kami menjangkakan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said dan pasukannya untuk mempercepatkan proses reformasi," tambahnya.

Azalina Othman Said

Pada Rabu lalu, Azalina memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pemisahan itu mesti dilakukan secara bertanggungjawab dan tidak boleh terburu-buru kerana kerumitan serta cabaran pelaksanaannya.

Dia juga memaklumkan kerajaan sedang menjalankan kajian empirikal mengenai pengasingan kuasa di Kanada, Australia dan UK.

Dari 5 hingga 10 Mei, Azalina mengetuai delegasi dwipartisan ke Kanada dan kemudian ke Australia dari 2 hingga 6 Jun.

Selepas itu, Zaid, dalam catatan Facebook yang sarat dengan sindiran, mencadangkan agar menteri itu memulakan lawatan ke Scotland, pula.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS