Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penyasaran subsidi RON95: Tiada yang mengejutkan, kata Nik Nazmi
Diterbitkan:  Oct 24, 2024 8:43 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Tiada yang mengejutkan mengenai langkah kerajaan memulakan program penyasaran subsidi untuk RON95, kata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya penyasaran subsidiri tersebut bukankan sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah diperkatakan oleh kerajaan secara terbuka sebelum ini.

"Ia berlaku dengan kenaikan gaji dalam sektor awam dan swasta serta peningkatan jaringan keselamatan sosial," kata Nik Nazmi di LinkedIn hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan berhenti menggunakan taktik mengejutkan rakyat dengan pengumuman dasar yang belum difikirkan sepenuhnya.

Dia juga membidas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung kekaburan takrif mengenai kumpulan pendapatan yang termasuk dalam kategori T15 yang tidak akan menikmati beberapa subsidi termasuk RON95 tahun depan.

“Inilah masalahnya apabila kita umumkan dahulu dan fikir kemudian. Ini masalah kerana rakyat dah dengar ucapan perdana menteri.

“Rakyat sudah mendengar apa yang mereka bakal hilang. Dalam fikiran mereka, petrol - kalau satu rumah ada dua kereta, suami dan isteri - RM500 sebulan. Hilang subsidi kesihatan, hilang subsidi pendidikan,” tegasnya.

“Mungkin menteri nak guna cara sama. Saya ingat sebelum ini bila dia nak naikkan diesel, dia kata, tak apa kita akan kejutkan rakyat,” tambahnya.

Tambah Nik Nazmi apabila dasar tersebut dilaksanakan nanti 85 peratus isi rumah Malaysia masih akan tetap menikmati subsidi petrol.

"Subsidi menyeluruh membolehkan pemilik SUV mewah menerima lebih banyak subsidi berbanding apa yang dinikmati pemilik motosikal merupakan asas ketidakadilan yang teruk," tambah naib presiden PKR itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS