Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Saya tidak pernah campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC

Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dia pernah campur tangan dalam siasatan pihak berkuasa berhubung 1MDB dan SRC.

Katanya, adalah tidak wajar - bagi dirinya yang juga sedang disoal siasat oleh polis dan SPRM ketika itu - untuk memanggil agensi penyiasatan dan menyiasat status siasatan.

“Saya sangat prihatin kerana saya tahu 1MDB sedang disiasat dan sudah tentu hubungannya dengan SRC International (bekas anak syarikat dana kekayaan negara Malaysia).

“Saya juga sedang disiasat dan mereka (pihak berkuasa) datang ke pejabat saya (di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya) untuk menyoal saya.

"Apabila anda disiasat juga, adalah tidak wajar saya melangkauinya (memanggil agensi penyiasat), jika tidak, saya akan dituduh mengganggu siasatan. Oleh itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa.

"Jika anda dengan sengaja mengatakan sesuatu (panggil agensi siasatan), ini boleh jadi jenayah, penyalahgunaan kuasa, dan campur tangan dalam penyiasatan," kata bekas penasihat emeritus kepada SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS