Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bagladesh haramkan kumpulan pelajar bekas parti pemerintah

Kerajaan sementara Bangladesh mengharamkan kumpulan pelajar parti Liga Awami yang dipimpin bekas perdana menteri Sheikh Hasina di bawah undang-undang antikeganasan.

Larangan ke atas Liga Pelajar Bangladesh (Bangladesh Chhatra League) berkuat kuasa serta-merta, menurut agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha yang dikendalikan oleh kerajaan pada Rabu, memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Semasa tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan penyingkiran Hasina, kumpulan itu dipersalahkan atas banyak serangan ganas terhadap penunjuk perasaan.

Perintah larangan itu menyatakan bahawa sepanjang 15 tahun pemerintahan Liga Awami, kumpulan pelajarnya terlibat dalam jenayah seperti pembunuhan, penyeksaan, keganasan di kampus dan serangan seksual.

Kerajaan mempunyai bukti yang mencukupi bahawa kumpulan itu terlibat dalam aktiviti konspirasi, subversif, dan keganasan terhadap negara sejak kejatuhan kerajaan Liga Awami pada 5 Ogos, menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS