Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemangku Sultan Johor terima menghadap PM
Diterbitkan:  Oct 23, 2024 9:37 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di sebuah hotel di ibu kota.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Turut hadir pada sesi itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan,” menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran berasingan, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki di tempat sama.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS